Tuesday, November 17, 2009


Bukit Keledang

Sultan Zainal Abidin, seorang putera Tuan Habib Abdul Majid, Bendahara Johor. Dilantik sebagai Sultan Terengganu yang pertama di Kampung Tanjung Baru, Hulu Terengganu pada tahun 1725 Masehi.Baginda menjalankan pemerintahan di Tanjung Baru sebelum berpindah ke Kampung Langgar, Pulau Manis, Chabang Tiga, seterusnya ke Kuala Terengganu dan menetap di suatu tempat yang kemudiannya di kenali sebagai Kota Lama.

Setelah baginda mangkat, jenazah baginda di makamkan di atas Bukit Keledang dalam bandar Kuala Terengganu.

Tempat-Tempat Bersejarah 3


Gua Bewah terletak di dalam kawasan Tasik Kenyir. Kawasan gua ini dijangka menjadi tempat penempatan awal orang-orang pra sejarah. Ini berdasarkan kepada bukti penemuan tengkorak manusia hasil galicari oleh Muzium Negara pada tahun 1975 dan penemuan beliong batu oleh seorang penduduk kampung yang sedang menjalankan kerja-kerja pemunggahan tahi kelawar untuk dijadikan baja.

Tempat-Tempat Bersejarah 2


Kota Lama duyung

Kota ini telah dibina dalam tahun 1919 hingga 1920 oleh Dato’ Biji Sura ( Nik Mohamad Bin Hitam ) atau dikenali sebagai Tok Hakim. Berukuran tapak lebih kurang 400 meter persegi. Di dalam kota ini terdapat Rumah Bujang Berpeleh dan Limas Bungkus.

Tempat-Tempat Bersejarah



Letaknya berhampiran dengan Istana Maziah dan Pejabat Pos Besar. Luas bukit ini kira-kira 0.688 hektar dan tingginya lebih kurang 200 meter. Bukit ini sudah dikenali sebelum pemerintahan Sultan Zainal Abidin 1.

Di atas bukit ini terdapat beberapa monumen dan artifek bersejarah. Antaranya ialah Genta ( loceng besar ), Meriam Beranak, Tiang Bendera, Rumah Api, Kubur dan kubu pertahanan bandar Kuala Terengganu.

KATA - KATA SEMANGAT

Assalammualaikum..
Akhir sekali saya bersyukur dapat menyiapakan projek ini.Saya berterima kasih pada Encik Irzali Mohammad (Che mat)yamg telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan yang lain.

Berterima Kasih pada rakan -rakan saya ezany,sobery,aizuddin,hasanal,khairizal dan rakan-rakan kelas SIT 4A yang telah banyak memberi kata-kata semangat dan tunjuk ajar.

Semester ini adalah semester akhir bagi saya dan rakan-rakan yang lain.Saya berharap dapat membuat dan memberikan perfomance yang baik bagi setiap modul..Harap lecturer dapat memberikan markah yang baik pada PB kami(hehehehee)

Pada semester ini kami merasakan amat sukar dan merasakan satu cabaran yang besar(dengan assignment,kuiz,test hahaha)dengan berkat kesabaran dan kecekalan kami dapat menepis semua dan hadapinya dengan tabah..Alhamdullillah..

TELADAN UNTUK LELAKI BERGELAR SUAMI

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya"
keluh Nisa pada suaminya Zakri.


"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak
keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu.
Nih mesti ader benda yang tak
elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu"
rungut Zakri pd Nisa.


Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam
bilik bersalin tapi baby tak keluar juga.
Sebak hati Nisa bila Zakri
berkata begitu.

Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya.

Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya.
Jururawat datang
memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari.
Doktor Johari
(Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut
kelahiran.
Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh
panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi.

Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ..."Come on Nisa u can do it...once
more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan
sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor
Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.


Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan
keluar seorang lagi baby, kembar rupanya.
"Nisa u got twin, boy and girl,
putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa.
"Tahniah Zakri,it's
a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri.
Zakri hanya
mendiamkan
diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak.
Memang
Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya.

Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.
Nisa berasa
lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar
tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati .
Tapi
Nisa tahankan sahaja.
Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan
dimarahi
semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa.
Danial dan Dania
diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat
kemudian dapatlah
Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa.

Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa
Nisa
mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang
tidak kena.
Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang
tidak
masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa.
Tak sanggup Nisa hadapi semua
itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung
anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa
mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa.
Dia tak boleh terima baru
tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong
selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.


Nisa balik rumah dalam kesedihan.
Pada mulanya Nisa gembira bila
mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi.
Perasaan hati Nisa bangga Nisa
dapat memberi zuriat kepada Zakri.
Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah
tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa.
"Kenapa abang
berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak
asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri .

"Kaulah penyebabnya.
Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa
"Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi.
"Abg syak
Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri
Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"?
terang Nisa pada Zakri.
"ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap
cam tu.
Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil
memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar
sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih.
Zakri buat tak
tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis.

Terasa dada .
Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang
sah.
"Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini
sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole
jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak.
Tu dulu kawan kau lama tu
yang satu
opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu"marah Zakri.

"Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee
teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa.

"Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan
perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan
jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama.
"Walaupun
saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima
kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya
sendiri" kata Nisa
pada Zakri.

"Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah
tengok muka ayah dan mak kandung saya.
Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap
Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya
apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja.

Zakri
bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut
shif.
Kalau
Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.
30
malam - 11.
30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu
perniagaannya.
Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan
mengatakan Nisa buat overtime di pejabat.
Nisa terpaksa berbuat demikian
kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi.

Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga.
Tetapi
kadangkala
Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas.

Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa.

Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa,
perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah.

Pernah
suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit
pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis.
Zakri tiba-tiba naik angin dan
cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak
layak
jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi
pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka
tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah
melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa
masih
mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya.

Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan
menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan
menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang
ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang.
Emak Nisa dah seminggu pergi

ke sanauntuk menolong.
Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar
bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh

ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut.

Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita
kahwin
mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri.
Zakri ketika itu sedang
berehat menonton.
"Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut
plak hujan nanti"desak Nisa lagi.
Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya
bengis
memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku
lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri.

"Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi,
Nisa
cuma nak ingatkan Abang saja"Nisa memberitahu Zakri.
Zakri datang pada
Nisa
dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa
tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas

kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya.
"YA ALLAH
kau
kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya
YA
ALLAH" doa Nisa dalam hatinya.
Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding
dan menangis.

Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah.
Kebas
masih lagi dan membengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika
Nisa
membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri.
"Sapa plak nie sebok
je...."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah

sebuah caf?.
"Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa
punya
laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri.

"Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung,
ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri.

"Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus
hati
Azlan.
"Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah
dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk
semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba
fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri.

"Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah
berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba.

"Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal
Zakri,
sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi.

Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri.
"Hello Zakri speaking" jawab

Zakri.

"Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang

segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ .
"panggilan
kecemasan dari Doktor Johari
"Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang"...tuttttttt .
Zakri
menamatkan
perbualannya dengan Doktor Johari.

"Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan.

"Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri.

"Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak
yang
serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause
sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam.
Mungkin
kesan
dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri.

Zakri hanya mendiamkan diri.
Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah

menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding
sekuatnya... dan
selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk
membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit
kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan
Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta
simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah

buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil...
"Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu
Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat
katanya
so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya
dan
confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang
kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di
operation
sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan
tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya.
I'm
really
sorry Zakri.
ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata
Doktor
Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain
lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap
lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa
pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan
segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya.
Dan Zakri dapati
setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA
ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca
tiap
lembaran diari Nisa.
Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran
diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering...membuat
Zakri
tertarik untuk membacanya.. .

Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG
TAHUN
PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum.
Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada
Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga
inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang.
Nisa benar-benar
menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa.

Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya
Nisa..
Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti
kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila
Abang
panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu
seketika sahaja. Abang dah banyak berubah.
Perkataan AYANG telah hilang
dan
tidak kedengaran untuk Nisa lagi.
Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa?
Abang...mukasurat nie khas utk Abang.
Bacalah semoga Abang tahu sayangnya
Nisa pada Abang.
Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita
yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania.
Untuk Nisa
tak
perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih
sayang Abang pada Nisa.
Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian
untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan
sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa.
Itulah
hadiah
paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang.

Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka.
Sayangilah
mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa

melainkan Abang sahaja di hati Nisa.
Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang
seorang.

Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma
menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah
Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin.
Nisa harap Abang tidak akan
mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak
kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan
dari darah daging Nisa...tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih
sayang sepenuhnya dari keluarga ini.
Nisa harap sangat Abang akan sentiasa

memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama
disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya
seketika
sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa.

Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging
abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun
kita bersama.

Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak
Nisa
supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama

emak untuk KWSP Nisa.
Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang
terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar
kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata
orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah
Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka.
Inilah peninggalan

Nisa untuk Abang.
Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati
walaupun
Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.

Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.

Doakan Nisa.

Ikhlas dari
Nur Nisa

"Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa.
Kuatkan semangat kau, kau masih ada
Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu.
YA ALLAH,Nisa
maafkan Abg Nisa.
Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping
gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri
mengambilnya.

Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT
NISA
DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN.

SEMOGA
KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA
HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh
tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal.
Satu demi satu setiap
perlakuannya
terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap
perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. .
kenapalah sampai
begini
jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa.

Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan.
Zakri tidak
terdaya
untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa.

Namun emak Nisa begitu tabah dan redha.
Danial dan Dania sentiasa di dalam

pangkuan neneknya.
Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka
Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir
seakan-akan
lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri.
"Nisa Abang minta ampun dan maaf"
bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta
penyesalan menimpa-nimpa dirinya.
Apabila Zakri meletakkan kembar disisi
ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar
seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh

Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa.
Meleleh
perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri.


Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada
neneknya.
Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya
termasuklah kembar bersama.
Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi
biarlah
kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka.

Amat sedih ketika itu.
Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan
menangisi
pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya.
Dan akhirnya
Jenazah Nisa selamat dikebumikan.
Satu persatu orang ramai meninggalkan
kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa
yang
merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan
...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH.
Hanya KAU sahaja yang
mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri
terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium
tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus.

Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa
Putih
bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa.
Zakri terjaga
dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis.
"YA ALLAH
,Zakri,Zakri
bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat
sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri.
Dari jauh Zakri lihat
emak
dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis.
Zakri berlari menuju ke

arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara
automatik
kembarnya diam dari menangis.
"Danial, Dania anak ayah, ayah akan
menjagamu
nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak

ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara
Nisa...

-THANX-

Sayangi Orang Tua Kita

Selagi hayat ada ... Bahagiakan IBUBAPA

Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter pejabat
Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam
senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini.

"Tapi pak cik kena bayar segera bahagian makcik yang masih tak cukup
tiga ribu lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti
dibuat,"beritahu pegawai itu lagi.

"Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera," janji Pak Uwei.
Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya.

Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah.

"Pah... oo..Pah!" teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.

"Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?" tanya Mak Pah.

" Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini
akan tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke sana.Tak sabar
betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai, " cerita Pak Uwei
dengan wajah berseri-seri.

"Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak
dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai."

"Betullah Pah oii... saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji.
Cuma duit bahagian awak tu, tiga ribu lagi kena bayar segera selewat-
lewatnya minggu depan."

"Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itu
pun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam
seribu." Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.

"Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka
tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja."
Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak- anaknya yang dua
orang itu tidak akan menghampakan harapannya.

"Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik boleh kita
berunding," cadang Pak Uwei.

"Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok
kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita nanti
nak ke Mekah minta duit anak-anak." Mak Pah tidak bersetuju dengan
rancangan Pak Uwei.

"Pah... Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka,
hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh
lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak
bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali
ni." Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada
anaknya.

"Tapi bang?... "

"Dahlah... pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala.
Saya nak telefon budak-budak tu," pintas Pak Uwei sebelum Mak
Pah melahirkan kebimbangannya. Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang
dia akan pulang kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia
hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya.

"Insya Allah Kis balik nanti abah. Emm... abah nak Kis suruh Intan balik
sama?" tanya Balkis.

"Ikut suka kaulah, bagi abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan tu ada
ke tidak ke, sama aje. Balik ya?... ," balas Pak Uwei.

Bukannya dia membeza-bezakan anak-anak tapi hati tuanya cepat benar panas
bila berhadapan dengan Intan. Sikap degil dan tak mahu mendengar kata
anaknya itu menyebabkan dia tersangat geram. Sudahlah malas belajar tidak
seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur
sepatah, sepuluh patah tidak menjawab tidak sah. Masih Pak Uwei ingat
gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang mereka bertengkar
besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing.

"Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung
belajar lagi." Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak
bekerja kilang.

"Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang.
Kerja kilang pun bukannya haram." bantah Intan menaikkan darah Pak uwei.

"Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok
berapa ramai anak gadis yang ros ak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari
mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam tu?"

"Itulah abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang
duk kat KL tu jahat abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok
pangkalnya, hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh, abah." Intan
cuba membuat abahnya faham.

"Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau. Cuba kau
tengok Balkis tu, tak pernah dia membantah cakap abah macam kau ni!"

"Intan memang tak sama dengan Kak Balkis abah, Intan suka berterus
terang, kalau tak kena Intan cakap depan-depan bukan membebel kat
belakang," balas Intan selamba menyemarakkan lagi bara dalam dada abahnya.

"Anak tak mendengar kata!!, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi,
pergi... aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke?, telangkup
ke?, gasak kaulah. Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu
lagi!!"

Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak memperdulikan langsung apa yang
Intan nak buat. Namun begitu Intan tetap pulang setiap kali cuti, dia
bersikap selamba biarpun abahnya tidak memperdulikannya.
Intan selalu menghulur duit tapi hanya kepada maknya sahaja.

Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan
pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu selesai menikmati makan
malam dan berjemaah sembahyang Isya`, mereka duduk berborak di ruang tamu.

"Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni, ada hajat sikit," Pak Uwei
memulakan bicara.

"Hajat apa pula abah?" tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.

"Abah dan mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai. Memandangkan
bahagian mak kau masih belum cukup lagi abah nak minta Kau dan Balkis bantu
sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah," Pak Uwei mengutarakan
hasratnya.

"Boleh tu boleh abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru aje
keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagi
bolehlah Az ikhtiarkan," ujar Muaz.

"Tapi... pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat-
lewatnya minggu depan."

"Kalau dalam seminggu dua ni abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak
pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan
budak-budak ni Az keluarkan," jawab Muaz serba salah.

"Kau beli rumah lagi?., Rumah yang ada tu kau nak buat apa?" tanya
PakUwei melindungi kekecewaannya.

"Rumah baru tu besar sikit, abah. Selesalah buat kami sebab budak- budak
tu pun dah besar, masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah tak
rugi abah, pelaburan masa depan juga," sampuk Mira isteri Muaz.

Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis. "Kamu macam mana Kis,
boleh tolong abah? Nanti abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki
durian berbuah kat dusun kita tu nanti," Pak Uwei berpaling Pada Balkis.

"Kis pun rasanya tak dapat nak tolong abah. Kis baru aje keluarkan duit
simpanan buat menambah modal perniagaan abang Man. Tengah gawat ni faham
ajelah... ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi."

Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis.

"Man bukan tak nak tolong abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh.
Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit
pinjaman."

"Betul kata Man tu abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan
sendiri baru elok," sokong Muaz. Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu
yang menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei
terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan
menghampakannya.

"Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah abah kau pergi seorang
dulu, nanti kalau ada rezeki mak pula pergi," Mak Pah bersuara cuba
meredakan keadaan.

"Kalau nak pergi sendiri, dah lama saya pergi Pah!. Tak payah saya tunggu
lama-lama. Kalau awak tak pergi biarlah kita sama-sama tak
pergi... dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?" Pak Uwei bangun
masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal.
Intan tahu abahnya benar-benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak
menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan faham kecewa abahnya teramat sangat
kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan
mengecewakannya begitu.

"Anak awak tu tak balik ke?" tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak
turut serta balik bersama abang dan kakaknya.

"Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti," balas Mak Pah sambil mencapai
kain selendangnya.

"Nak ke mana pulak tu?" tanya Pak Uwei melihat MakPah bersiap-siap.

"Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya Intan, kuih lepat ubi
kegemarannya. " Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebut anaknya. Bukan
sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak.

Pagi Isnin tu selepas bersarapan Intan bersiap-siap hendak keluar.

"Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi dah bersiap ni?"

"Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye."

"Kalau nak ke bandar suruhlah abah kau tu hantarkan," suruh Mak Pah.

"Tak payahlah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula
abah tu. Intan pergi dulu."sambil mencium tangan Mak Pah yang menggeleng
kepala memerhatikan Intan berlalu pergi.

Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati, membuat
anaknya itu menyisihkan diri.

Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu mak dan abahnya sedang
menikmati juadah tengah hari.

"Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama.
Ni abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api."

"Ingat lagi abah lauk kegemaran Intan rupanya," usik Intan tak bertangguh
mencapai pinggan.

"Mak bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang
lupakan mak bapak," jawab Pak Uwei sinis.
Intan tersenyum pahit. Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan
solat Zohor kemudian dia mendapatkan mak
dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedang membaca
suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.

"Mak, abah... Intan ada hal sikit nak cakap ni... ," ujar Intan
menghampiri mereka. Pak Uwei menurunkan suratkhabar
yang dipegangnya kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk
membaca.

"Apa hal... kamu nak kahwin ke?" soal Pak Uwei merenung Intan. Tawa Intan
meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya.

Melihat Intan tergelak besar Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak
sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang
hilang dulu mula menyatu. "Abah ni... ke situ pulak...."

"Habis tu?"

"Ini... Buku Tabung Haji mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ni,
resit memasukkan duit ke akaun mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua
ribu untuk buat duit kocek mak dan abah. Yang dua ratus lagi ni untuk buat
kenduri doa selamat sebelum
berangkat nanti."Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei.

"Apa??" Pak Uwei terkejut matanya merenung Intan dan duit di tangannya
bagai tidak percaya.

"Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh
Intan yang halal abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali
kecewakan abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati abah. Selama ini
pun Intan selalu sangat rasa kalah pada abang Az dan Kak
Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak
seperti mereka. Intan tahu abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini
Intan dapat tunaikan hasrat abah. Dah banyak kali abah tangguhkan hasrat
nak naik haji. Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak
sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap, abah sudi terima
pemberian yang tak seberapa ini dari Intan,"
tutur Intan perlahan memerhatikan airmata menuruni pipi abahnya yang
sudah berkedut dimamah usia.

"Terima kasih Intan. Malu rasanya abah nak ambil duit kamu... dulu abah
selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi tapi
akhirnya anak abah yang kerja kilang yang membantu abah," luah Pak Uwei
sambil mengesat airmata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini
dimusuhinya.

"Sudahlah abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan
gembira abah sudi terima pemberian Intan."

"Pemberian kau ni terlalu bernilai bagi abah dan mak kau Intan..."ujar
Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat.

"Hah... tulah, jangan suka memperkecil- kecilkan anak saya ni," MakPah
mengusik Pak Uwei sambil mengesat airmata penuh kesyukuran.

"Mak ni... ," gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.

Masa yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang

menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan gembiran
bercampur hiba.

"Semua dah siap ke mak?" tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya
memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah.

"Dah rasanya... ada apa-apa yang Intan nak pesan mak belikan di sana
nanti?"

"Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli mak. Yang
penting mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna."

"Hah, awak dengar tu... kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan nak
membeli-belah, " tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua-beranak
itu.

"Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana . Hanya satu
yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat,"
pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan.
Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu.
........... ......... ........ .......
Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei
mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah
menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak sedap
di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutama Intan bagai menyentap
tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di tanah
suci. Intan tidak berkata sepatah pun tapi bagai memberitahu yang dia akan
pergi jauh.

"Kenapa resah aje ni, bang?" Mak Pah terjaga.

"Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita."

"Sabarlah, dah nak sampai dah ni," pujuk Mak Pah.

Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka.

"Mak... abah... ," Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya
tanpa dapat menahan airmata menitis laju.

"Mana yang lain ni, kamu berdua aje?" Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari
wajah Intan.

"Mereka menanti di rumah, abah," beritahu Azman suami Balkis sambil
mencium tangan Pak Uwei. "Intan pun tak datang juga ke?" Tanya PakUwei
terasa hampa.

"Awak ni... kan Man dah kata mereka menunggu di rumah." Mak Pah
menggeleng, dua tiga hari ini nama Intan tak terlepas dari mulut
suaminya. Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa
begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut
berasa bagai ada yang tak kena.

"Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau terjerit-jerit dia
panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati."
cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman . Muaz diam sambil mengerling Azman
yang sedang memandu.

"Tentulah abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit," balas
Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu.

"Tapi, abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi abah tu,
abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak
bercakap pun hanya renung abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?"

"Err... tak ada abah. Kita berhenti minum dulu abah, tentu mak haus,"
ajak Azman menukar tajuk perbualan.

"Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik," tolak Pak Uwei.

Azman dan Muaz hanya berpandangan. Sebaik turun dari kereta, Balkis
meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long
Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata.

"Mak dengan abah sihat ke?" tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa
mentuanya.

"Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?" Mak
Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan.

"Naik dulu Ngahnya...," suruh Long Semah.

"Intan mana?" Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu
di mana Intan. Pantas dia memanjat tanggu menuju bilik
Intan. Matanya terpaku pada bekas bara yang terletak di sebelah katil
yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar.

"Az... mana Intan? Mana adik kau Az?" tanya Pak Uwei dengan suara yang
menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu.

"Sabar abah... ," Muaz menggosok belakang abahnya.

" Kenapa Az .. kenapa?" Mak Pah menurunkan Syazwan cucunya dari pangkuan
dan melangkah laju ke bilik Intan.

"Mak... Intan dah tak ada mak," Balkis tersedu memeluk emaknya yang
terduduk lemah.
Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan.
Bila dia terjaga dia melihat anak menantu
mengelilingnya. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya.

"Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergipun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai,"
pujuk Long Semah yang masih belum pulang.

"Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan
hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak.
Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih
atas pemergiannya.
Dia minta kita doakan dia," Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah.

"Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?" tanya Mak Pah
tersedu sedan.

"Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya mak.
Sebenarnya dia yang ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah sebelum
mak dan abah balik. Masa sampai tu dia sihat lagi tiba-tiba malam Khamis tu
lepas solat Isya` dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak
hantar ke hospital tapi katanya masa dia dah tiba.
Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal subuh hariJumaat
mak... tiga hari lepas. Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenangmak,"
cerita Muaz.

Mak Pah mengenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan
memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka. Dan ketika itu
bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan,"Intan tak nak mak dan abah
belikan satu apa pun dari sana . Hanya satu yang Intan mahu, mak dan abah
doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat.."
Tamat....

Menitik air mata saya
Moral cerita ... buat baik dan berbaktilah kepada kedua ibu bapa
sementara mereka masih ada di dunia ini. Harta benda hanyalah
sementara berbanding amalan yg kita lakukan selagi tubuh badan kita
bernyawa. Renung-renungkan. ....
ØAllah telah menetapkan setiap yg di jadikan olehNYA pasti ada perkara yg
TERSIRAT
Bermohonlah supaya kita di beri HIDAYAHNYA kerana ia adalah jalan yg sukar ditemui
w/pun kita
Seorang yg CELIK matanya